Program Pembangunan IKS

Kerajaan menyediakan pelbagai program latihan dan pembangunan kepada usahawan dan pelabur yang cenderung mengusahakan aktiviti IKS.

Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) merupakan agensi kerajaan utama yang bertanggungjawab menyelaraskan pembangunan IKS. Selain menawarkan khidmat nasihat berkaitan dengan pembangunan industri, agensi ini menyediakan program latihan dan pembangunan untuk orang ramai dan pengusaha IKS.

Antaranya termasuklah program rantaian industri, program pembekal global, program peningkatan kemahiran, dan sebagainya. Bahkan, Majlis Amanah Rakyat (MARA) merupakan agensi kerajaan yang ditubuhkan untuk menggalakkan, membimbing dan melatih penduduk Bumiputera, khususnya di luar bandar, supaya menyertai kegiatan perdagangan dan perusahaan.

Antara program yang ditawarkan ialah :
         1.      Latihan Keusahawanan
         2.     Skim Latihan Perintisan
         3.     Program Promosi Pemasaran

Melalui agensi-agensi kerajaan, IKS berdaya maju dan menyumbang kepada iktisad negara. IKS memerlukan perlaksanaan pengurusan yang lebih tersusun berbanding dengan firma besar.

Hal memandangkan IKS memiliki sumber tabungan modal dan sumber pekerja yang terhad dan yang secara jauh lebih kecil berbanding dengan firma besar bertaraf multinasional. Justeru itu, IKS lebih memerlukan perlaksanaan sistem pengurusan yang berkesan bagi mengelakkan sebarang kesilapan dalam operasi mereka.

Dalam hubungan ini, IKS bukan sahaja memerlukan pengurusan, tetapi perlaksanaan sistem pengurusan yang berkualiti tinggi. Usahawan IKS perlu mengenalpasti keutamaan-keutamaan dari segi pengagihan sumber kepada aspek operasi yang lebih memerlukan dan merancang aspek yang kurang memerlukan perhatian bagi perancangan masa depan.

Keberkesanan perlaksanaan pengurusan IKS dalam hal ini, banyak bergantung kepada sifat-sifat usahawan yang merupakan kunci bagi menentukan hala tuju perlaksanaan pengurusan dalam perniagaan IKS.

No comments:

Post a Comment